50 Nasihat Luqman Al Hakim
Kepada Anaknya
بِسـْــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحْـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيْمِ
اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang
datang dari sisi Allah SWT Yang Maha Mengetahui.
Beliau pernah berpesan dan memberikan lebih daripada 50 nasihat kepada anaknya. Di
antaranya:
.
1. “Wahai
anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam
kepekatan malam, semasa engkau bersholat
atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan
engkau berasa ragu untuk meninggalkan perkara makruh dan melempar jauh segala
kejahatan dan kekejian.”
2. “Wahai
anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang
menyebabkan untuk tidak mendurhakai Allah SWT.
Takutlah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa),
tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”
3. “Wahai
anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang
lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kedzaliman yang besar.”
4. “Wahai
anakku, bersyukurlah kepada Tuhanmu karena
karunia-Nya. Orang yang mulia tidak
mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.”
5. “Wahai
anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari
ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti
orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya,
padahal ia masih mau menambahkannya.”
6. “Wahai
anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat dan tidak karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang
bernama TAKWA,isinya ialah IMAN dan
layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah SWT.”
7. “Wahai
anakku! Orang-orang yang senantiasa
menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan
mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sadar setelah menerima nasihat orang lain,
maka dia akan senantiasa menerima kemulian
dari Allah SWT juga.”
8. “Wahai
anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang
tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain karena itu
adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
9. “Wahai
anakku! Jangan engkau berjalan sombong (takabbur), Allah SWT tidak meridhai
orang yang sombong (takabbur).”
10. “Wahai anakku! Selalulah
jaga baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis
wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang
terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
11. “Wahai
anakku! Bilamana engkau mau mencari kawan sejati, maka ujilah
dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam
kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
12. “Wahai
anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya
sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia
yang mengharapkan sesuatu darimu.”
13. “Wahai
anakku! Siapa yang penyayang tentu pasti disayangi, siapa
yang pendiam tentu selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan siapa
yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu dan pastilah
menyesal.”
14. “Wahai
anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang ‘alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata
nasihatnya karena sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah
yang subur lalu disirami air hujan.”
15. “Wahai
anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan karena
sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang
pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan
janganlah engkau menyia-nyiakan hartamu.”
16. “Wahai
anakku! Sekiranya kamu di dalam sholat, jagalah hatimu,
sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada
di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada
di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”
17. “Wahai
anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk
dan kotor serta kasar, karena engkau akan lebih selamat bila berdiam
diri. Kalau berbicara, berusahalah engkau agar bicaramu mendatangkan manfaat
bagi orang lain.”
18. “Wahai
anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak)
sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”
19. “Wahai
anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah
saja yang layak menjadi utusan.”
20. “Wahai
anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
21. “Wahai
anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan
seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”
22. “Wahai
anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong
itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja
berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”
23. “Wahai
anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan
sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.”
24. “Wahai anakku! Bersabarlah di
atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh
daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.”
25. “Wahai
anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi
orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan
duniawi sahaja.”
26. “Wahai
anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih
baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”
27. “Wahai
anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana
manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang
itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu
menimbulkan kesengsaraan.”
28. “Wahai
anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi
aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.”
29. “Wahai anakku!
Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran,
tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.”
30. “Wahai anakku!
Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan
tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh
anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah
kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah
dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”
31. “Wahai
anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa danmusyawarahlah urusanmu
dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
32. “Wahai
anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan
ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka
kepada Yang Maha Berkuasa.”
33. “Wahai
anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan
ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan
mahupun perbuatan dibenci.”
34. “Wahai
anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana
kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi
tanam-tanaman.”
35. “Wahai
anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan
taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia
akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada Allah SWT.”
36. “Wahai
anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana
tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa
banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.”
37. “Wahai
anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti
ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat
Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau
sembunyikan di dalam dadamu.”
38. “Wahai
anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya
semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu
mengerti.”
39. “Wahai
anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan
besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana
engkau mempunyaijiran yang jahat.”
40. “Wahai
anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku
tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada
hutang.”
41. “Wahai
anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya
berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu
malam.”
42. “Wahai
anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu
apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat
banyak?”
43. “Wahai
anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang
penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang
subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”
44. “Wahai
anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja
dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.”
45. “Wahai
anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan
hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT
bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina
daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
46. “Wahai
anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana
sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.”
47. “Wahai
anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa
yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa
yang kamu tahu.”
48. “Wahai
anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan
dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap
orang lain.”
49. “Wahai
anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWTlebih
mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.Janganlah
anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya
tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu.”
50. “Wahai
anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan
lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”
Begitulah 50
nasihat yang diberikan oleh Luqman Al Hakim kepada putera kesayangannya. Semoga
ianya bermanfaat kepada diri kita juga.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish
Shawab
(Hanya Allah Maha
Mengetahui apa yang benar)
0 komentar:
Posting Komentar